Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sekolah masih dalam suasana cuti.Masih ada masa lebih kurang 3 minggu lagi sebelum sessi persekolahan 2010 bermula. Bagi pelajar sebenarnya ,pelajar perlu faham bahawa tiada istilah cuti belajar. Aktiviti belajar secara kendiri seharusnya diteruskan walaupun sekolah bercuti. Pelajar boleh manfaatkan waktu cuti ini dengan pelbagai perkara berfaedah seperti mengulangkaji topik-topik yang telah dipelajari,membuat latihan-latihan bagi topik-topik yang kurang difahami,menghadiri kursus-kursus motivasi dan sebagainya. Cuti ini juga boleh digunakan untuk membuat persiapan awal sebelum sesi persekolahan 2010 membuka tirai.
Bagi pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, teruskan perjuangan dengan baki masa yang tinggal beberapa hari lagi. Inilah saatnya anda membuktikan segala azam dan janji. Ingatlah bahawa semua orang berdoa untuk kejayaan anda...guru-guru sudah melakukan apa yang terdaya,ibu ayah telah membantu apa yang termampu..oleh itu, inilah masanya untuk anda menunaikan impian dan harapan ibu dan ayah tercinta. Kotakan apa yang dikata.
Ingatlah,pintu kecemerlangan sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak mudah mengalah, yang tidak mudah berputus asa. Biarlah susah sedikit sekarang, supaya anda senang dihari kemudian. Anggapkan segala kelemahan dan kekurangan diri sebagai peluang untuk kita bangun berdiri gagah.Sekali kita bergerak kehadapan, kita terus maju tanpa berpaling lagi sebelum sampai ke destinasi impian.

Cuti sekolah juga sinonim dengan majlis kenduri kahwin. Sempena cuti sekolah ini, beberapa orang warga warga pendidik mengambil peluang untuk mengakhiri zaman bujang.Selamat melayari alam berumahtangga diucapkan kepada Cikgu Rafidah, Cikgu Lutfi, Cikgu Siti Hasmah yang menaiki pelamin pada 6.12.2009 baru-baru ini. Semoga bahagia ke anak cucu. Jurublog dan seluruh warga SMK Bakai mendoakan kebahagiaan kalian hingga akhir hayat. Buat Cikgu Zuherly (Kuryu Zuherly) yang bakal akad nikah pada 11.12.2009, terima kasih atas undangan, selamat memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami mithali..Teringat jurublog gurindam lama orang tua-tua :
Sama cantik sama padan
Sama tampan sama jelita
Sama muda sama baya
Ibarat pinang dibelah dua
Bagai Adam dengan Hawa
Bagai Uda dengan Dara
Bagai Rama dengan Sita
Bagai Laila dengan Majnunnya
Sama cantik sama padan
Sama tampan sama jelita
Sama muda sama baya
Ibarat pinang dibelah dua
Bagai Adam dengan Hawa
Bagai Uda dengan Dara
Bagai Rama dengan Sita
Bagai Laila dengan Majnunnya
Wajah ceria pasangan bahagia...Selamat Pengantin Baru Cikgu Lutfi dan Cikgu Siti Hasmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan