Ahad, Jun 27, 2010

Salam Perpisahan GKK

Yang dirai...

Yang merai....
Cenderahati daripada Badan Kebajikan Staf sekolah.

Cenderahati daripada barisan pentadbir

Cikgu Nang Hamiyon bt Nik Salim mula mencurah bakti sebagai GK Kemanusiaan di SMK Bakai mulai Julai 2008. Sebagai guru senior , cikgu Nang tidak pernah loket untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Cukup senang diajak berunding, cikgu Nang cukup komited dan dedikasi terhadap tugas. Sayangnya, jodoh beliau di SMK Bakai tidak panjang.Permohonan beliau memohon bertukar ke Daerah Kota Setar diluluskan dan secara rasminya hari ini adalah hari terakhir beliau bersama warga SMK Bakai. Selamat jalan, didoakan semoga perjalanan karier Cikgu Nang lebih bersinar di tempat yang baru untuk mencurah bakti dalam perjuangan mendidik anak bangsa.
Berarak mega ditiup bayu
Gugur seludang ditengah laman
Bunga dipuja sebelum layu
jasa dikenang sepanjang zaman

Selasa, Jun 22, 2010

Motivasi Tingkatan 3





Salah satu elemen penentu kejayaan pelajar dalam pembelajaran adalah motivasi. Dengan motivasi yang tinggi dan semanagat yang membara, sesiapa sahaja mampu merentasi halangan untuk berada di puncak impian. tanpa motivasi yang kuat, segala-segalanya di lihat sukar dan ramai yang menyerah kalah sebelum berada di medan perjuangan. Menyedari pentingnya motivasi kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar mencipta kejayaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan satu program khusus kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 bertempat di Dewan Makanan Asrama sekolah. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada bekas pelajar sekolah ini yang telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Berpegang kepada slogan 'Kejayaan di dalam genggaman sekiranya kita bermotivasi',program ini dirancang dengan bekas pelajar cemerlang yang bertindak sebagai fasilitataor. Pelbagai input telah dikongsi melalui aktiviti yang disusun iaitu aktiviti dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil. Adalah diharap melalui program ini, pelajar akan sedar bahawa mereka mempunyai potensi untuk berjaya sebagaimana orang lain sekiranya mereka bermotivasi tinggi untuk berjaya. Bukti sudah ada di depan mata, kakak dan abang mereka yang pernah menjadi pelajar di sekolah ini juga mampu dan mereka sedang merintis kejayaan. Motivasi tinggi merealisasikan visi...
Ralat : Maaf silap set tarikh kat kamera..