Ahad, Oktober 24, 2010

Kem Penghayatan Islam 2010

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama RE Consultant telah menjayakan satu kem penghayatan Islam pada 21 dan 22 Oktober yang lalu yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Seramai 100 pelajar telah terpilih mengikuti progam selama 2 hari 1 malam ini yang telah diadakan di sekolah .Matlamat utama program ini dijalankan adalah bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar khususnya dalam aspek aspek amal ibadah sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dan mudah-mudahan program ini memberi impak besar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta para peserta dapat mempelajari pengalaman baru melalui program ini. Harapan pihak sekolah ialah program-program sebegini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga mantap dan cemerlang rohani dan mampu menjadi insan berguna pada masa akan datang.



Slot yang paling menggembirakan peserta.....Makan time

Ahad, Oktober 17, 2010

Perlaksanaan e Penyata Gaji

Mulai Oktober 2010, guru-guru tidak lagi menerima penyata gaji seperti biasa sebaliknya guru-guru perlu akses secara online melalui sistem e Penyata Jabatan Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010. Penyata ini boleh diakses dan dicetak melalui laman web rasmi Akauntan Negara Malaysia di:

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php


Rupa slip Penyata Gaji yang biasa diterima

Rupa penyata gaji yang dicetak daripada sistem e Penyata

Sabtu, Oktober 16, 2010

Karnival Permainan 2010

Unit Kokurikulum sekolah telah mengadakan Karnival Permainan pada 13 dan 14 Oktober yang lalu. Karnival ini merupakan acara kemuncak sebagai aktiviti penutup kokurikulum bagi tahun 2010 disamping mencungkil bakat-bakat baru. Karnival yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 ini dibahagikan kepada 2 jenis permainan iaitu Futsal bagi pelajar lelaki dan bola baling bagi pelajar perempuan.
Bagi permainan futsal sebanyak 14 pasukan telah mendaftar yang melibatkan 26 perlawanan yang dijalankan secara liga mengikut tingkatan, manakala bagi permainan bola baling hanya 8 pasukan bertanding yang melibatkan 9 perlawanan. Hadiah-hadiah bagi pemenang dijangka akan disampaikan dalam perhimpunan rasmi Isnin ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan para penyokong yang memeriahkan aktiviti ini. Majulah sukan demi kecemerlangan sekolah yang kita cintai.











Isnin, Oktober 04, 2010

PMR oh PMR



Selamat berjuang diucapkan kepada semua calon PMR 2010. Semoga kalian semua dapat fokus dan menjawab peperiksaan ini dengan penuh ketenangan....dan apabila keputusan diumumkan anda melompat kegirangan kerana segala penah lelah, letih jerih mendapat hasil yang cukup berbaloi...Alangkah indahnya sekiranya sekiranya slip keputusan nanti seperti di bawah...Oh! manisnya kejayaan...