Khamis, Disember 31, 2009

Pendaftaran Persekolahan 2010

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.30 pagi.Di dewan terbuka sekolah ,ramai waris yang berkumpul sejak awal pagi kelihatan mundar-mandir bersama anak masing-masing. Sesekali kelihatan ibu ayah pelajar meyelak lembaran -lembaran kertas ditangan. Si anak dengan berpakaian uniform lengkap kelihatan begitu ceria dan berseri-seri. Sepuluh minit kemudian kelihatan guru-guru dengan membimbit fail mengambil tempat di kaunter-kaunter yang telah disediakan. Serentak dengan itu waris-waris yang berkumpul tadi mula menyerbu kaunter-kaunter tadi dan bertanya itu dan ini dan kemudiannya mengeluarkan sejumlah wang lalu dihulurkan kepada guru berkenaan , sementara guru-guru pula kelihatan begitu tenang dan tersenyum melayan setiap waris.

Situasi diatas adalah senario proses pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2010 yang dilaksanakan pada hari ini yang telah berjalan dengan begitu lancar. Serentak dengan aktiviti pendaftaran ini, pihak sekolah turut memungut bayaran-bayaran tambahan beserta sumbangan PIBG sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bagi semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Pada hari ini juga, pendaftaran ahli koperasi dibuat khususnya kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu.

Kepada pelajar-pelajar yang baru menjadi warga SMK Bakai, pihak sekolah dengan berbesar hati mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' dan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2,3 dan 5-Selamat Kembali Ke Sekolah.

Suasana program pendaftaran Tingkatan Satu

Walaupun sibuk,Cikgu Fauzi tetap tersenyum.......

Kaunter pendaftaran keahlian koperasi SMK Bakai Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan