Ahad, April 25, 2010

SMK Bakai Juara

Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Baling Sik




Kita Juara..... Johan Lelaki Kejohanan Bola Baling MSSD Baling Sik 2010

Pasukan Bola Baling SMK Bakai dinobatkan sebagai juara kategori lelaki apabila bergaya mengenepikan cabaran SMK Jeneri dengan skor 2-1 dalam perlawanan akhir kejohanan Bola Baling MSS Daerah Baling Sik yang berlangsung di padang SMK Bakai petang tadi. Turun dengan jersi semangat, jersi biru dan dengan sorakan padu penyokong , pasukan bimbingan Cikgu Naim yang bermain di laman sendiri melancarkan serangan-serangan berbahaya sebaik wisel permulaan dibunyikan. Walaubagaimanapun cabaran yang hebat yang diberikan oleh pasukan lawan menyekat peluang tuan rumah membuat jaringan yang lebih besar.
Terdahulu, pasukan SMK Bakai menewaskan pasukan SMK Jerai diperingkat separuh akhir untuk beraksi di pentas akhir.Bermain dalam cuaca panas, pasukan tuan rumah berjaya menghasilkan jaringan 2-0 pada separuh masa permainan dan keputusan ini kekal sehingga tamat perlawanan. Pemain tuan rumah, Mohd Zairi Alias turut terpilih sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan. Ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pengurusan, jurulatih,pemain dan juga penyokong yang setia.....

Sabtu, April 24, 2010

Program AutoCAD 2010

Program Sekolah Angkat Kolej Komuniti.


Seramai 19 pelajar mata pelajaran Rekacipta hari ini telah menghadiri kursus jangka pendek Lukisan Berbantukan Komputer bertempat di Makmal Komputer , Kolej Komuniti, Sungai Petani. Program anjuran bersama pihak sekolah dan Kolej Komuniti Sungai Petani ini dilaksanakan dibawah Program Sekolah Angkat CAD Kolej Komuniti Tahun 2010 dimana pelajar-pelajar RC diberi pendedahan secara terus daripada pensyarah-pensyarah kolej komuniti untuk menghasilkan lukisan-lukisan projek berbantukan komputer. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program ini selama 5 minggu dan perlaksanaan program kan dijalankan pada hujung minggu. Modul perlaksanaan pogram disusun secara berperingkat daripada kemahiran asas sehingga penghasilan lukisan objek 3D dengan strategi pembelajaran secara minds on dan hands on. Adalah diharapkan program ini akan memberi impak positif kepada pelajar dan membantu pelajar dalam kerja-kerja perlaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran RC.
Bagi sesi hari ini pelajar diberi pendedahan asas penggunaan perisian AutoCAD bagi membiasakan pelajar menggunakan ikon-ikon dan sub icon perisian ini menghasilkan lukisan berbantukan komputer.
Ucapan penghargaan dan terimaksih dihulurkan kepada Pengurusan dan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Sungai Petani di atas bantuan yang diberikan kepada pihak sekolah dan di harap bentuk kolaborasi ini akan diteruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan.

Rabu, April 21, 2010

Aksi Cemerlang

Perlawanan memanaskan badan

Perlawanan persahabatan bola baling lelaki.......SMK Bakai dan SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil
Pasukan bola baling lelaki hari ini mempamerkan aksi yang cukup meyakinkan apabila berjaya menewaskan lawan dengan jaringan yang besar dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil yang berlangsung petang tadi. Perlawanan ini merupakan persiapan pasukan bola baling sekolah untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Daerah yang akan berlangsung Sabtu ini bertempat di SMK Bakai. Sebaik sahaja wisel permulaan ditiup, skuad bimbingan Cikgu Naim terus mempamerkan aksi agresif dan memberangsangkan dengan mencipta jaringan demi jaringan . Walaupun bermain dalam keadaan basah dan padang yang licin disebabkan hujan lewat petang, serangan demi serangan yang dilancarkan gagal dikekang oleh pasukan lawan. Sehingga wisel akhir dibunyikan, pasukan SMK Bakai berjaya mencipta kemenangan bergaya dengan menghasilkan sebanyak 13 jaringan tanpa bolos. Pasukan lawan berusaha keras untuk mencari gol saguhati namun pertahan SMK Bakai cukup kental untuk ditembusi sehingga akhir perlawanan.Tahniah diucapkan.....diharap momentum ini dapat dikekalkan untuk pertandingan sebenar pada Sabtu ini.

English Week

Program bersempena Minggu Bahasa Inggeris hari ini di teruskan program Spelling Bee........dan penyertaan yang di terima untuk menyertai program ini sangat menggalakkan



Peserta yang berjaya melepasi pusingan kelayakan...




Barisan hakim yang arif lagi bijaksana



Barisan Urusetia yang berdedikasi


Para Penyokong setia......

dan.........Pemantau Program yang sentiasa ceria

Isnin, April 19, 2010

Broadcasting Competition

Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Unit Kurikulum, hari ini telah mengadakan satu program berbentuk pertandingan 'Broadcasting Competition' bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Program yang diadakan bersempena Minggu Bahasa Inggeris ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah kearah mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah ini. Program ini berjaya menarik minat lebih 20 orang pelajar untuk mengambil bahagian..Tahniah Panitia Bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

Judges.....Ready


Time Keeper......Ready


Now................Its Showtime

Album Perpisahan

KHAMIS-15 April : Majlis Guru dan Staf sekolah telah berjaya menganjurkan satu majlis sederhana tapi cukup bermakna kepada warga guru dan staf SMK Bakai iaitu majlis meraikan guru-guru dan staf yang bertukar keluar dari SMK Bakai. Tahniah kepada AJK yang bekerja keras menjayakan majlis ini dan kepada warga Bakai yang diraikan dihulurkan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan......Jasa tetap jadi kenangan
Ucapan-ucapan..........



Saat yang dinanti-nantikan.......makan

Penyampaian cenderahati kenangan-kenangan.................



Isnin, April 05, 2010

Pelancaran Program Anti Dadah 2010

Sessi taklimat rasional perlaksanaan dan pengisian aktiviti sepanjang program
Bulan Antidadah 2010 oleh Kaunselor Pelajar

Deklamasi sajak oleh Marina Mansor....Hidup Lebih Mulia Tanpa Dadah

Majlis Perasmian Pelancaran oleh Tuan Pengetua...Bersama merealisasi mesej 'Masyarakat Madani Tanpa Dadah'