Ahad, Disember 13, 2009

Raja Sehari



Pisang berangan dalam perahu
Dimakan sebiji oleh si Badang
Jalan seiringan bersentuh bahu
Begitu manis apabila dipandang

Anak unta di atas tanah
Mencari kuda di kebun peria
Segala cita termakbul sudah
Dengan terbina mahligai bahagia

Dua rangkap pantun yang diungkapkan di atas menggambarkan saat-saat indah bagi pasangan bahagia yang menempuh gerbang perkahwinan dan melayari alam berumahtangga. Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna dan bersejarah dalam diari hidup Cikgu Zulherly bin Zolkapali (guru sains) kerana pada hari ini beliau dan pasangannya, Cikgu Azreen Farhana di satukan dalam majlis Walimatul Urus yang cukup meriah dan gilang gemilang di rumah pengantin lelaki di No 125, Jalan Seroja, Taman Seroja, Sungai Petani dikelilingi sanak saudara tercinta, sahabat handai dan tetamu jemputan. Warga SMK Bakai mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan memohon restu kehadrat Ilahi agar dikurniakan segala rahmat dan keberkatan dari dunia sampai akhirat. Para tetamu jemputan dihidangkan dengan menu yang cukup enak, nasi minyak dari Restoren Alauddin Catering Sungai Petani. Bahagia rasanya melihat pasangan pengantin yang tak jemu-jemu melontarkan senyuman manis lemak berkrim kepada tetamu yang hadir.....

Satu pose istimewa dari pasangan pengantin yang berpakaian sedondon untuk tatapan warga SMK Bakai

Menu yang dihidangkan kepada para tetamu

Cikgu Noorzunita sedang melayan kerenah buah hati......

Ustaz Zikri turut memeriahkan majlis...



Ramainya tetamu yang hadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan