Khamis, Januari 05, 2012

Majlis Penutup Minggu Orientasi T4

Sikap dan budaya belajar harus berubah untuk mencipta kejayaan
secara berterusan...
Khusyuk mendengar amanat Tuan Pengetua
Yeahh....bersemangat dan komited untuk berjaya
Jangan lalai dan leka dengan arus massa yang mencabar...tegas Tn. Pengetua

Program orientasi Tingkatan 4 ditutup dengan rasminya oleh Tuan Pengetua jam 11.00 pagi ini bertempat di Dewan Terbuka SMK Bakai. Dalam ucapannya yang disampaikan dalam suasana yang santai, Tuan Pengetua mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Beliau juga mengingatkan pelajar akan dapat melakukan transformasi secara berterusan secara positif supaya kejayaan lebih cemerlang dapat dicipta pada masa hadapan, manakala bagi pelajar-pelajar yang kurang cemerlang pula hendaklah mencari jalan untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, kejayaan dalam bidang akademik haruslah selari dengan nilai-nilai moral dan sahsiah yang baik. Beberapa elemen penting yang ditegaskan oleh beliau dalam amanat beliau yang perlu dihayati diamalkan oleh pelajar ialah lebih menghargai masa, gigih dan tekun sepanjang masa dan mengamalkan budaya Seronok Belajar dan bersaing secara sihat.