Isnin, Mei 24, 2010

Wajah-Wajah

Gambar-gambar yang dirakam sempena kejohanan badminton Tahun 2010 anjuran Badan Kebajikan Staf, SMK Bakai.

Aksi Naib Juara...

Senyum dalam tangisan.....

Skuad Piala Uber 2011....

Anak sapa la nih...

Pengadil kejohanan

Juara Kategori Wanita...

Pengetua turut memberi sokongan moral

Bergambar kenangan-kenangan

Ahad, Mei 23, 2010

Pantun Renungan

Dedikasi khusus kepada warga pendidik yang budiman....


Petikan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39
di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang


Kejohanan Badminton Badan Kebajikan Staf 2010

Baling - Badan Kebajikan Staf Sekolah telah menganjurkan kejohanan badminton sempena perayaan hari guru 2010 berlansung di Kompleks Rakan Muda Baling, semalam. Kejohanan ini mendapat sambutan yang cukup baik dikalangan guru dan staf dimana bagi kategori lelaki sebanyak 8 regu mengambil bahagian yang dibahagikan kepada dua kumpulan, manakala bagi kategori wanita, sebanyak 4 regu mengambil bahagian. Dengan semangat penganjuran piala Thomas yang baru berakhir, penganjur turut berjaya menarik penyertaan otai-otai badminton untuk mengambil bahagian termasuk tuan pengetua sendiri yang turut turun padang.
Bagi kategori lelaki, gandingan serasi regu veteran Cikgu Othman -Hj. Ishak , berbekalkan pengalaman dan skil yang tinggi mempamirkan persembahan mantap untuk muncul juara selepas menewaskan regu yang baru digandingkan iaitu Encik Nasir dan Pak Uda. Bagi kategori wanita pula, regu Cikgu Azhawani ditabalkan sebagai juara edisi sulong kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Badan Kebajikan Staf diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini . Apa yang penting, bukan kemenangan yang menjadi matlamat, tetapi program-program sebegini mampu menjadi platform untuk meningkatkan semangat berpasukan dan esprit de corp dikalangan guru dan staf SMK Bakai.
Gambar-gambar sepanjang pertandingan akan dimuatnaik kemudian.

Ahad, Mei 16, 2010

Sambutan Hari Guru

Tarian tradisional India
Rasa sayang yeh....

Gandingan serasi...Cikgu Manab dan Cikgu Ramizu , yang berkacamata hitam tu...Pengerusi Majlis Staf SMK Bakai.

Anak didik harapan bangsa...

Barisan pendidik gemilang....

Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2010 peringkat sekolah dijayakan dengan cukup ceria pada hari ini . Pelbagai acara menarik telah diadakan sejak awal pagi. Sebaik saja selesai perhimpunan rasmi, semua guru-guru dengan semangat yang tinggi telah bersama-sama mengambil bahagian menjayakan acara sukaneka di padang dan seterusnya acara menebar roti canai dan teh tarik . Acara sambutan diakhiri dengan persembahan guru dan pelajar bertempat di Dewan Terbuka Sekolah. Tahniah kepada barisan AJK Badan Kebajikan Staf dan Badan Pengawas kerana berjaya menjadi penganjur yang baik....Selamat Hari Guru

Kawad Kaki Daerah Baling Sik


Pasukan KRS Putera SMK Bakai semalam telah muncul sebagai naib juara Pertandingan Kawad Peringkat Daerah Baling Sik Tahun 2010 bagi kategori KRS. Pertandingan yang diadakan di SK Beris Jaya turut menampilkan pasukan kawad GO dan NGO serta Tunas KRS. Ucapan sekalung tahniah kepada pelajar yang mengambil bahagian dan diharap dapat berusaha dengan lebih kuat pada tahun hadapan...SMK Bakai Boleh

Sabtu, Mei 15, 2010

Selamat Hari Guru

Guru cemerlang pandai merancang
Guru gemilang semua kursus dia datang
Guru terbilang semua perkara dia buat seorang
Guru temberang, dalam kelas banyak sembang
Guru perasan, waktu mengajar syok sorang2
Guru curang, masa kelas selalu hilang.........
Guru Pembina Negara Bangsa
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik dimana saja berada....

Rabu, Mei 12, 2010

Bahas Ala Parlimen 2010


Panitia Bahasa Melayu hari ini telah menganjurkan Pertandingan Bahas Ala Parlimen bersempena Minggu Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2010. Sebanyak lapan pasukan telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam pusingan awal yang berlangsung pagi ini. Bagi pusingan awal, tajuk "Kegiatan Ko Kurikulum Wajar diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke IPT' telah dipilih. Pemenang pertandingan pada hari ini akan meneruskan perjuangan ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada hari Khamis bertempat di Dewan Terbuka Sekolah sebelum majlis penutupan rasmi. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian , diatas iltizam dan semangat yang tinggi yang ditunjukkan. Diharap program sebegini mampu menjadi landasan penting untuk mencungkil bakat dan mengembangkan potensi pelajar selaras dengan matlamat pendidikan negara.