Ahad, Disember 20, 2009

Lagi Cerita Raja Sehari

Lontaran senyuman manis daripada pasangan pengantin baru....

Salah satu daripada perkara menarik perhatian dan masih diperkatakan oleh ramai orang pada minggu ini ialah kejayaan pasukan bola sepak negara membawa pulang pingat emas Sukan Sea di Laos. Selain daripada itu, perkara lain yang diperkatakan semasa cuti persekolahan ialah kesibukan memenuhi undangan majlis perkahwinan yang diadakan di sana sini. Kebetulannya, pada tahun ini ramai guru dan staf SMK Bakai berkahwin. Pada hari ini, Encik Mokhtar bin Hj. Daud, staf perpustakaan sekolah mengambil peluang cuti umum untuk mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya di Kampung Selarung, Kuala Ketil. Hari ini adalah hari yang amat bermakna dalam diari kehidupan beliau, kerana pada hari ini beliau telah disatukan dengan pasangannya iaitu Ustazah Salfarina dalam majlis yang cukup meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai, rakan guru dan staf SMK Bakai. Turut hadir ialah Tn. Haji Ghani (bekas staf SMK Bakai yang baru balik dari Mekah pada 8 Disember yang lalu) yang kelihatan semakin kacak dan berseri.
Jurublog dan seluruh warga SMK Bakai mengambil kesempatan ini menghulurkan ucapan Selamat Pengantin Baru,Moga Bahagia ke Akhir Hayat. Sebagai penutup bicara, diungkapkan pantun dibawah dan ditujukan khas kepada pasangan pengantin............
Batu cincin batu permata
Dibungkus cantik di bawa ke Medan
Bagai cincin dengan permata
Sama cantik sama padan

Antara rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan