Selasa, Januari 26, 2010

Inspirasi Kejayaan




Semanis kejayaan......Tuan Pengetua sedang menyampaikan plag penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR Tahun 2009
Pada pagi ini, bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah, telah diadakan satu majlis ringkas tetapi penuh bemakna , iaitu majlis penyampaian cenderahati khas kepada dua orang pelajar cemerlang PMR tahun 2009. Dua pelajar tersebut ialah Mohd Firdaus Mohd Yusoff dan Nur Asyikin bt. Samsuri, yang masing-masing memperolehi keputusan 8A1C dan 7A1B1C.

Ketika diminta berkongsi kejayaan bersama-sama pelajar lain,Mohd Firdaus, 16 dari Kampung Batu 7, Binjul menjelaskan bahawa antara amalan yang menyumbang kepada kejayaan beliau dalam peperiksaan baru-baru ini ialah belajar secara konsisten sejak awal tahun, dan sentiasa membuat ulangkaji bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari dengan segera.'Saya juga sentiasa fokus semasa proses P&P didalam kelas untuk memastikan saya memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan oleh guru' tambahnya. Mohd Firdaus, anak seorang penoreh getah menyimpan cita-cita untuk menganggotai pasukan keselamatan pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang, Nur Asyikin bt. Samsuri. 16 menjelaskan bahawa bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang, seseorang individu mestilah mempunyai kualiti-kualiti tertentu seperti disiplin diri yang tinggi, berusaha dengan bersungguh-sungguh serta tidak mudah menyerah kalah.'Seseorang pelajar juga haruslah sepanjang masa menghormati guru kerana apabila kita menghormati guru, ilmu yang dipelajari akan akan lebih mudah di fahami dan lebih diberkati' tambahnya. Beliau berharap kejayaan ini kan menjadi pendorong untuk belaiu berusaha dengan lebih keras bagi merealisasi impiannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan .
Tuan Pengetua SMK Bakai, Encik Abdul Wahi bin Wan Embun telah sudi menyampaikan cenderahati kepada pelajar-pelajar ini sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah.


Ulasan Jurublog:
Moralnya, kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengenal putus asa tanpa mengira apa latarbelakang mereka. Rakan -rakan kita telah membuktikan bahawa mereka mampu mencipta kejayaan walaupun bersekolah di sekolah biasa dan diajar oleh guru biasa. Bagaimana dengan kita? Kita belajar di sekolah yang sama ,kita diajar oleh guru yang sama, menggunakan buku teks yang sama, soalan peperiksaan yang sama tetapi kita gagal mencipta kejayaan seperti mereka. Fikir-fikirkanlah ..Mudah-mudahan kejayaan mereka akan menjadi sumber inspirasi dan dorongan yang kuat kepada kita untuk sama-sama mencipta kejayaan pada masa hadapan.Jika mereka mampu melakukannya, kita juga mampu dengan syarat kita bersedia untuk berubah dan sentiasa fokus kepada kejayaan....Bertindaklah sekarang ,Selamat Belajar dan Selamat Mendaki Ke Puncak Kejayaan.

Ahad, Januari 03, 2010

Program Orientasi Tingkatan 1

Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Kaunselor Pelajar

Seramai 182 pelajar Tingkatan Satu mengikuti program Orientasi Tingkatan Satu bagi tahun 2010 bermula hari ini. Program ini adalah bertujuan untuk membekalkan input-input penting kepada pelajar sebagai persediaan kepada pelajar bagi menempuh pelbagai cabaran-cabaran baru sebagai pelajar sekolah menengah. Aktiviti disusun menjurus kepada usaha-usaha untuk menerapkan budaya sekolah, sistem pembelajaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Tuan Pengetua sedang menyampaikan ucapan perasmian program

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bakai, Encik Abdul Wahi bin Wan Embun. Dalam ucapannya Tuan Pengetua menggesa pelajar-pelajar agar dapat mengubah sikap dan menjadi pelajar yang lebih matang. Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya sentiasa berpegang kepada prinsip ' Hari ini lebih baik dari hari semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini' dan sentiasa bertekad untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Program yang diselaraskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini di jangka akan berakhir pada hari Khamis ini. Adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat menyerap input-input yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Jurublog mewakili warga SMK Bakai menghulurkan ucapan selamat berorientasi.....


Berwajah Baru


SMK Bakai berwajah baru sempena sesi persekolahan 2010 dengan pemasangan papan tanda gergasi nama sekolah di bangunan pentadbiran. Pemasangan papan tanda baru ini sudah pasti menjadi mercu tanda baru sekolah dan memudahkan pihak luar yang berurusan dengan sekolah.

Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru


Selamat tinggal tahun 2009. Selamat datang Tahun 2010 . Alhamdulillah, kita bersyukur kerana tuhan masih menyayangi dan di panjangkan umur kita. Bila saja masuk tahun baru, bermakna kita menjadi semakin dewasa dan semakin matang. Kita setahun lebih berusia berbanding sebelumnya.

Satu perkara yang seringkali dibincangkan bila tibanya tahun baru ialah azam tahun baru. Biasanya azam tahun baru ini merujuk kepada apa yang ingin kita capai. Setiap individu mempunyai azam yang tersendiri. Terpulang kepada individu sendiri bagaimana nak mencapai azam murni masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Kepada anak-anak pelajar, kita percaya bahawa semuanya mengharapkan sinar kejayaan pada tahun 2010 ini . Justeru itu, bersegeralah berubah, tingkatkan semangat dan usaha untuk mencapai matlamat yang di impikan. Jangan biarkan azam membara kita menjadi slogan sia-sia yang akhirnya hilang bersama kedewasaan kita. Kata-kata hikmat berikut wajar direnungi : 'Jangan takut jika matlamat kita gagal dicapai kerana kita masih mempunyai ruang dan peluang, yang lebih di takuti adalah tiada apa-apa matlamat untuk dicapai'

Kepada rakan-rakan guru, staf sokongan , pelajar-pelajar , seluruh warga SMK Bakai serta semua pengunjung blog ini diucapkan 'Selamat menyambut tahun baru'.....

Khamis, Disember 31, 2009

Pendaftaran Persekolahan 2010

Jam di tangan menunjukkan pukul 8.30 pagi.Di dewan terbuka sekolah ,ramai waris yang berkumpul sejak awal pagi kelihatan mundar-mandir bersama anak masing-masing. Sesekali kelihatan ibu ayah pelajar meyelak lembaran -lembaran kertas ditangan. Si anak dengan berpakaian uniform lengkap kelihatan begitu ceria dan berseri-seri. Sepuluh minit kemudian kelihatan guru-guru dengan membimbit fail mengambil tempat di kaunter-kaunter yang telah disediakan. Serentak dengan itu waris-waris yang berkumpul tadi mula menyerbu kaunter-kaunter tadi dan bertanya itu dan ini dan kemudiannya mengeluarkan sejumlah wang lalu dihulurkan kepada guru berkenaan , sementara guru-guru pula kelihatan begitu tenang dan tersenyum melayan setiap waris.

Situasi diatas adalah senario proses pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2010 yang dilaksanakan pada hari ini yang telah berjalan dengan begitu lancar. Serentak dengan aktiviti pendaftaran ini, pihak sekolah turut memungut bayaran-bayaran tambahan beserta sumbangan PIBG sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bagi semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Pada hari ini juga, pendaftaran ahli koperasi dibuat khususnya kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu.

Kepada pelajar-pelajar yang baru menjadi warga SMK Bakai, pihak sekolah dengan berbesar hati mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' dan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2,3 dan 5-Selamat Kembali Ke Sekolah.

Suasana program pendaftaran Tingkatan Satu

Walaupun sibuk,Cikgu Fauzi tetap tersenyum.......

Kaunter pendaftaran keahlian koperasi SMK Bakai Bhd.

Selasa, Disember 29, 2009

Selingkar Kisah

Anak : Ayah, Amin dapat markah 100% di sekolah.
Ayah : Iye ke! kalau macam tu hebatlah anak ayah.......
Errrr...mata pelajaran apa yang Amin dapat 100% tu?
Anak : Bahasa Melayu 30%, Matematik 25%, Sains 25%, Bahasa Inggeris 20%
Ayah : ????

Isnin, Disember 28, 2009

Back to School



Pejam celik pejam celik, tahun 2009 telah hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna tak sampai seminggu saja lagi tahun 2010 akan menyusul. Bagi Negeri Kedah , sesi persekolahan baru akan bermula pada 3 Januari 2009.

Seperti biasa, sesi persekolahan yang baru ini dinanti oleh semua orang dengan pelbagai perancangan dan persediaan. Bagi ibu bapa, sesi persekolahan baru sudah tentu memeningkan terutamanya bagi keluarga yang ahli keluarga ramai kerana pelbagai perbelanjaan persekolahan terpaksa dibuat yang melibatkan peruntukan kewangan yang bukannya sedikit. Sekurang-kurangnya 3 aspek perbelanjaan perlu difikirkan seperti perbelanjaan untuk pembelian pakaian, bayaran-bayaran khas (bayaran tambahan) dan perbelanjaan lain seperti buku-buku dan alatulis. Setiap orang anak dianggarkan RM 300.00. Bayangkan jika 4 orang anak bersekolah, ianya pasti membebankan. Ini belum lagi mengambilkira perbelanjaan tambahan jika anak dapat masuk asrama....lagilah.
Walaubagaimanapun, ibu bapa yang bijak biasanya membuat persediaan awal dengan membuat simpanan dan tabungan dari awal tahun.

Bagi rakan-rakan guru pula, bermulanya sesi persekolahan bermakna bermulanya cabaran melayan pelbagai kerenah pelajar, disamping tugas-tugas biasa berkaitan pengurusan hal ehwal pelajar,ko kurikulum dan P&P. Buku rekod,kertas kerja, headcount, kursus dalaman,borang, rekod. seminar, kursus, pemantauan, mesyuarat dan lain-lain perkara berkaitan pendidikan adalah rutin harian yang perlu ditempuhi dan menuntut persediaan mental dan fizikal.

Harapan kita bersama agar sesi persekolahan 2010 nanti bakal membawa sinar dan harapan baru demi kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak pelajar yang kita kasihi. Marilah sama-sama kita kuatkan iltizam, bergerak sederap, senada dan seirama bagi merealisasikan misi murni ini.
Marilah sama-sama kita buktikan...
Jom Balik ke Sekolah

Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Bertugas

Berkuatkuasa 1 Januari 2010, secara rasminya SMK Bakai kehilangan seorang guru yang amat komited dan berdedikasi, kerana Pn. Hasnida bt. Hassan ( guru KHB dan ERT ) bakal meninggalkan SMK Bakai selepas mencurah bakti di sekolah ini mulai tahun 2005. Warga SMK Bakai merakamkan ucapan tahniah kerana permohonan bertukar beliau telah diluluskan dan pada tahun 2010 beliau akan mula bertugas di sekolah baru iaitu SMK Aman Jaya, Sungai Petani. Pemergian beliau diiringi dengan iringan doa dan ucapan selamat meneruskan perjuangan di sekolah baru. Semoga segala pengalaman semasa beliau bertugas di sini akan menjadi kenangan berharga yang amat manis sepanjang hidup beliau dan harapan kita beliau akan terus menyumbang dengan lebih cemerlang di sekolah baru nanti . Pentadbir sekolah merakamkan ucapan terima kasih diatas segala sumbangan dan bakti beliau sepanjang beliau berkhidmat di SMK Bakai. Selamat Bertugas, Selamat Maju Jaya, Jasamu tetap dikenang.......


Selamat maju jaya...

Warga SMK Bakai juga mengambil peluang untuk mengalu-alukan kehadiran warga baru SMK Bakai iaitu En. Mohd Safuan b. Nordin ( pembantu makmal ), Cik Norhidayah bt Ghazali (Pembantu Tadbir) dan Pn. Faraliza bt. Ahmad Shukri (Guru B. Inggeris). Selamat menjadi warga SMK Bakai dan selamat bertugas...Semoga kehadiran tenaga 'baru' ini akan meningkatkan lagi kualiti dan kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Bakai.....

Keputusan PMR 2009

Ucapan penghargaan dan tahniah kepada calon-calon PMR 2009 yang telah mendapat keputusan cemerlang. Inilah masanya saudara/i menuai hasil setelah sekian lama bersusah payah menyemai usaha dan berpenat lelah. Sesungguhnya kejayaan ini merupakan langkah pertama anda untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan. Pepatah Cina ada menyebut 'langkah yang ke seribu itu bermula dengan langkah yang pertama'.Justeru itu, teruslah mengorak langkah untuk anda terus maju kehadapan.


Kepada pelajar yang tidak begitu cemerlang...bermuhasabah dan renunglah kembali ke dalam diri anda.Keputusan yang anda perolehi adalah hasil usaha anda yang lalu.Ya..usaha anda, bukan orang lain! Sekaranglah masanya untuk anda tekadkan azam untuk berubah, ingatlah bahawa dunia masih belum kiamat, pintu kecemerlangan sentiasa luas terbuka. Belajarlah dari kesilapan lalu. Sedarlah, sekali gagal bukan bermakna selamaya anda akan gagal.Terimalah keputusan itu seadanya dengan kepala yang dingin dan hati yang terbuka. Bangkitlah dan berusahalah dengan lebih kuat lagi pada masa depan. Jika mereka telah berjaya membuktikan kemampuan mereka, anda juga mampu .......Anda Mampu Mengubahnya

Senarai pelajar cemerlang PMR 2009

1. Muhammad Firdaus bin Mohd Yusoff 8A1C
2. Nur Asyikin bt Samsuri 7A1B1C
3. Siti Nur Hidayah bt Mazlan 6A2B1C
4. Noor Syakirah bt Mahmud 6A2B1D
5. Ahmad Syakir bin Abd Halim 5A2B1C
6. Muhamad Faiz bin Ahmad 4A4B1D

Muhammad Firdaus tersenyum bangga bersama slip keputusan yang diterimanya...

Nor Asyikin meraikan kejayaan bersama bonda tercinta


Yess......I did it

Meraikan kejayaan bersama guru........

Ahad, Disember 20, 2009

Lagi Cerita Raja Sehari

Lontaran senyuman manis daripada pasangan pengantin baru....

Salah satu daripada perkara menarik perhatian dan masih diperkatakan oleh ramai orang pada minggu ini ialah kejayaan pasukan bola sepak negara membawa pulang pingat emas Sukan Sea di Laos. Selain daripada itu, perkara lain yang diperkatakan semasa cuti persekolahan ialah kesibukan memenuhi undangan majlis perkahwinan yang diadakan di sana sini. Kebetulannya, pada tahun ini ramai guru dan staf SMK Bakai berkahwin. Pada hari ini, Encik Mokhtar bin Hj. Daud, staf perpustakaan sekolah mengambil peluang cuti umum untuk mengadakan majlis perkahwinan di rumahnya di Kampung Selarung, Kuala Ketil. Hari ini adalah hari yang amat bermakna dalam diari kehidupan beliau, kerana pada hari ini beliau telah disatukan dengan pasangannya iaitu Ustazah Salfarina dalam majlis yang cukup meriah dengan dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai, rakan guru dan staf SMK Bakai. Turut hadir ialah Tn. Haji Ghani (bekas staf SMK Bakai yang baru balik dari Mekah pada 8 Disember yang lalu) yang kelihatan semakin kacak dan berseri.
Jurublog dan seluruh warga SMK Bakai mengambil kesempatan ini menghulurkan ucapan Selamat Pengantin Baru,Moga Bahagia ke Akhir Hayat. Sebagai penutup bicara, diungkapkan pantun dibawah dan ditujukan khas kepada pasangan pengantin............
Batu cincin batu permata
Dibungkus cantik di bawa ke Medan
Bagai cincin dengan permata
Sama cantik sama padan

Antara rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis..