Selasa, Ogos 31, 2010

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Suasana bulan puasa tidak menghalang sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 peringkat sekolah dilaksanakan secara meriah walaupun secara sederhana. Acara sambutan dimulakan pada awal pagi dengan perhimpunan khas. Dalam perhimpunan ini telah diadakan satu ucapan khas tentang maksud kemerdekaan dan tanggungjawab warga masa kini untuk mengisi kemerdekaan. Encik Mohamad Zainuddin (Cikgu Sejarah) selaku guru bertugas telah menghurai dengan panjang lebar susur galur kemerdekaan negara bermula selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Memandangkan umur kemerdekaan kita masih pendek berbanding tempoh penjajahan, kita masih lagi menghadapi pelbagai halangan membina negara bangsa ini dan cabaran besar untuk membawa negara ini bergerak maju kehadapan. Kita juga harus memperlengkapkan diri dengan cabaran-cabaran baru untuk membebaskan diri dari penjajahan bentuk baru.
Aturcara perhimpunan diteruskan dengan deklamasi sajak patriotik dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Selepas rehat, aturcara sambutan diteruskan dengan dengan pertandingan melukis bendera kebangsaan dan tayangan filem patriotik 'Bukit Kepong'. Salam merdeka..Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53..1Malaysia Menjana Transformasi


Menyemai semangat patriotik generasi muda........ Melukis jalur gemilang

Tayangan filem Bukit Kepong....mengimbas sejarah pejuang bangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan