Peperiksaan PMR semakin hampir..just around the corner. Berdasarkan Analisis Percubaan yang baru dikeluarkan oleh unit peperiksaan sekolah didapati pencapaian masih rendah dan jurang antara pencapaian dan sasaran masih besar. Sehubungan itu, satu program khas telah diadakan khusus buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada pagi semalam iaitu Program Muhasabah 2010. Program anjuran Unit Kurikulum dan Bimbingan Kaunseling ini bertujuan untuk melonjakkan motivasi pelajar agar berusaha dengan lebih kuat di saat-saat akhir.
Program ini dimulakan dengan pembentangan analisis peperiksaan oleh PK Kurikulum, Tn Hj. Raman bin Sarip. Seterusnya guru mata pelajaran secara bergilir mengambil peluang untuk membuat rumusan pencapaian dan kelemahan yang di kenalpasti daripada jawapan pelajar dalam peperiksaan percubaaan yang baru berakhir itu. Dalam majlis ini juga guru-guru mata pelajaran mengambil peluang untuk menyampaikan tips-tips penting untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan yang bakal dihadapi pada 5 Oktober nanti.
Walau pun peperiksaan sudah terlalu hampir, masih terdapat pelajar-pelajar masih mengambil sikap tak kesah, mengambil sikap sambil lewa. Pelajar seharusnya faham bahawa untuk memastikan kejayaan pelajar, guru-guru telah berusaha keras dari segi tenaga dan upaya, teknik dan cara. Oleh itu, ingatlah....masih belum terlewat untuk pelajar mengubah sikap dan fokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan. Kejayaan ialah milik sesiapa sahaja yang berusaha keras untuk mencapainya. Alangkah malangnya buat diri pelajar yang bertahun membuang masa ke sekolah tanpa mendapat apa-apa.
Program ini diharap memberi impak kepada pelajar untuk memperbaiki diri dan seterusnya dapat meningkat pencapaian , bukan untuk orang lain...ya, bukan orang lain tetapi DIRI ANDA SENDIRI. Ingatlatlah pesanan Cikgu Nasir bahawa setiap orang sentiasa di beri ruang dan peluang, anda mampu mengubahnya. Pesanan Cikgu Rafiki wajar difahami dan dijadikan azimat ...Better Late Than Never.
Yessss...Jika orang lain boleh,mengapa tidak anda....Selamat Bermuhasabah
semoga semua calon pmr akan membuat tindakan yang munasabah untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga, para guru dan sekolah...d^_^b
BalasPadamKejayaan memerlukan kesedaran yang tinggi dan usaha yang kuat..
BalasPadam