Rabu, Ogos 04, 2010

Hari Koperasi dan Kokurikulum 2010


SMK Bakai melangkah setapak lagi apabila telah berjaya melaksanakan Hari Koperasi dan Kokurikulum bagi tahun 2010 hari ini. Program yang menampilkan slogan ' Menjana Kecemerlangan Menyeluruh' sebagai tema pada tahun ini diisi dengan pelbagai acara seperti pameran dari agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan percuma dan pelbagai acara menarik.

Program ini merupakan program terancang unit kokurikulum sebagai kemuncak aktiviti kokurikulum bagi tahun ini. Program ini juga dilihat menjadi mekanisme terbaik bagi para pelajar mendapat input-input penting berkaitan struktur dan pentadbiran pelbagai agensi yang terlibat. Disamping itu juga, melalui program sebegini nilai-nilai positif dikalangan pelajar dapat dipupuk secara tidak lansung selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berdaya maju, proaktif yang boleh menjadi aset bernilai negara pada masa depan.

Terdahulu, majlis perasmian diadakan diawal pagi dan disempurnakan oleh SM Mat Nor bin Shaari, Ketua Polis Balai Malau, Baling.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada organisasi, individu, barisan guru dan para pelajar yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi merealisasikan program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan