Selasa, Ogos 31, 2010

Salam Kemerdekaan


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 buat seluruh warga SMK Bakai dan pengunjung blig yang dihormati...Satu Malaysia menjana transformasi

Program Muhasabah Calon PMR 2010

Peperiksaan PMR semakin hampir..just around the corner. Berdasarkan Analisis Percubaan yang baru dikeluarkan oleh unit peperiksaan sekolah didapati pencapaian masih rendah dan jurang antara pencapaian dan sasaran masih besar. Sehubungan itu, satu program khas telah diadakan khusus buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada pagi semalam iaitu Program Muhasabah 2010. Program anjuran Unit Kurikulum dan Bimbingan Kaunseling ini bertujuan untuk melonjakkan motivasi pelajar agar berusaha dengan lebih kuat di saat-saat akhir.
Program ini dimulakan dengan pembentangan analisis peperiksaan oleh PK Kurikulum, Tn Hj. Raman bin Sarip. Seterusnya guru mata pelajaran secara bergilir mengambil peluang untuk membuat rumusan pencapaian dan kelemahan yang di kenalpasti daripada jawapan pelajar dalam peperiksaan percubaaan yang baru berakhir itu. Dalam majlis ini juga guru-guru mata pelajaran mengambil peluang untuk menyampaikan tips-tips penting untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan yang bakal dihadapi pada 5 Oktober nanti.



Walau pun peperiksaan sudah terlalu hampir, masih terdapat pelajar-pelajar masih mengambil sikap tak kesah, mengambil sikap sambil lewa. Pelajar seharusnya faham bahawa untuk memastikan kejayaan pelajar, guru-guru telah berusaha keras dari segi tenaga dan upaya, teknik dan cara. Oleh itu, ingatlah....masih belum terlewat untuk pelajar mengubah sikap dan fokus kepada matlamat untuk mencapai kejayaan. Kejayaan ialah milik sesiapa sahaja yang berusaha keras untuk mencapainya. Alangkah malangnya buat diri pelajar yang bertahun membuang masa ke sekolah tanpa mendapat apa-apa.
Program ini diharap memberi impak kepada pelajar untuk memperbaiki diri dan seterusnya dapat meningkat pencapaian , bukan untuk orang lain...ya, bukan orang lain tetapi DIRI ANDA SENDIRI. Ingatlatlah pesanan Cikgu Nasir bahawa setiap orang sentiasa di beri ruang dan peluang, anda mampu mengubahnya. Pesanan Cikgu Rafiki wajar difahami dan dijadikan azimat ...Better Late Than Never.
Yessss...Jika orang lain boleh,mengapa tidak anda....Selamat Bermuhasabah

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Suasana bulan puasa tidak menghalang sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 peringkat sekolah dilaksanakan secara meriah walaupun secara sederhana. Acara sambutan dimulakan pada awal pagi dengan perhimpunan khas. Dalam perhimpunan ini telah diadakan satu ucapan khas tentang maksud kemerdekaan dan tanggungjawab warga masa kini untuk mengisi kemerdekaan. Encik Mohamad Zainuddin (Cikgu Sejarah) selaku guru bertugas telah menghurai dengan panjang lebar susur galur kemerdekaan negara bermula selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511. Memandangkan umur kemerdekaan kita masih pendek berbanding tempoh penjajahan, kita masih lagi menghadapi pelbagai halangan membina negara bangsa ini dan cabaran besar untuk membawa negara ini bergerak maju kehadapan. Kita juga harus memperlengkapkan diri dengan cabaran-cabaran baru untuk membebaskan diri dari penjajahan bentuk baru.
Aturcara perhimpunan diteruskan dengan deklamasi sajak patriotik dan nyanyian lagu Jalur Gemilang. Selepas rehat, aturcara sambutan diteruskan dengan dengan pertandingan melukis bendera kebangsaan dan tayangan filem patriotik 'Bukit Kepong'. Salam merdeka..Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53..1Malaysia Menjana Transformasi


Menyemai semangat patriotik generasi muda........ Melukis jalur gemilang

Tayangan filem Bukit Kepong....mengimbas sejarah pejuang bangsa

Selasa, Ogos 17, 2010

Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM

Bermula Ahad yang lalu telah berlangsung peperiksaan percubaan PMR dan pada minggu hadapan bermulalah cabaran bagi pelajar Tingkatan 5 kerana peperiksaan SPM akan bermula. Harapan pihak sekolah ialah pelajar dapat menduduki peperiksaan ini secara serius kerana pencapaian peperiksaan percubaan ini sedikit sebanyak menggambarkan keputusan sebenar yang bakal diperolehi nanti. Buatlah persiapan yang terbaik dan ingatlah segala pesanan yang telah diberi oleh semua guru. Selamat menduduki peperiksaan dan perolehi kejayaan cemerlang...Sentiasa ingat pesan cikgu..Tanamkan dalam diri ' Yess, I can do it...yeahhh'



Gambar dibawah ini hanyalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan posting di atas.

Uji Rintis SKPM 2010

Bermula semalam dan hari ini, SMK Bakai menerima lawatan 3 ahli Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Kedah bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan mengumpul input perlaksanaan uji rintis SKPM 2o1o dan membuat pemeriksaan perlaksanaan program-program pendidikan sekolah.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat rasional dan prinsip perlaksanaan SKPM 2010 kepada barisan pentadbir sekolah. Menurut Ketua Jemaah Nazir Negeri Kedah, berdasarkan maklumbalas dan pandangan yang diterima dalam perlaksanaan instrumen SKPM 2009 , didapati dimensi instumen yang digunakan terlalu meluas dan melibatkan item instumen yang terlalu banyak dan mengelirukan. Sehubungan itu, pada tahun ini Jemaah Nazir telah mengambil pendekatan melaksanakan beberapa pindaan dan penambahbaikan instrumen sedia ada supaya penarafan yang dibuat dapat dipermudahkan, lebih mesra pengguna disamping merangkumi aspek yang lebih holistik dengan pengurangan item instrumen hampir 90% disamping panduan penskoran diberi dalam bentuk deskripsi. Fokus perlaksanaan SKPM 2010 adalah kepada proses dan impak dan memberi ruang kepada pihak sekolah merangka program pembangunan pendidikan sekolah dengan lebih berkesan berdasarkan kepada rumusan skor dan mengupayakan sumber dengan lebih berkesan untuk melonjak pencapaian sekolah ke peringkat lebih tinggi.
Bagi uji rintis perlaksanaan instrumen ini, pentadbir sekolah telah diminta membuat penskoran berdasarkan wajaran yang diberi disamping pihak sekolah diminta menyatakan kelemahan dan kekuatan bagi setiap standard yang dinyatakan. Dapatan ini seterusnya akan dibentangkan kepada Pasukan Petugas makmal NKRA pendidikan bagi tujuan pemurnian dan seterusnya digunakan bagi tujuan penarafan kendiri dan verifikasi Jemaah Nazir.
Pemeriksaan dokumen diteruskan pada hari ini dan pada sesi sebelah petang, Ketua Jemaah Nazir Kedah bersama ahli jemaah nazir mengambil peluang mengadakan satu sesi taklimat khas menjelaskan isu-isu pendidikan terkini dan seterusnya laluan-laluan kerjaya 'fast track'bagi guru melalui guru cemerlang dan seterusnya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh guru-guru melalui sesi dialog yang diadakan selepas taklimat.
Ulasan jurublog: Mudah-mudahan apa yang dikongsi oleh pelawat dari Jemaah Nazir ini akan menambahkan lagi maklumat baru dan semangat kepada barisan guru untuk terus berkhidmat tanpa jemu tanpa lesu.....

Ahad, Ogos 08, 2010

Selamat Berpuasa

Insyaallah...jika diizinkan, kita akan mula menjalani ibadah puasa pada tahun ini pada tanggal 11 Ogos 2010. Harapan kita mudah-mudahan pada tahun ini kita diberi kekuatan untuk melaksanakan tuntutan ini dengan sebaik mungkin dan diterima oleh Allah s.a.w. Pun begitu, harus diingat bahawa ibadat puasa ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk meneruskan rutin harian kita samada sebagai pelajar atau pendidik. Selamat berpuasa...

Niat Puasa Sebulan: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Niat Puasa Setiap Hari :


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka :

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Rabu, Ogos 04, 2010

Sekitar Hari Koperasi dan Kokurikulum

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna
Pameran JPAM ,Baling
AADK turut mengambil bahagian
Demonstrasi daripada Kolej Komuniti
Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim
Khusyuk mendengar penerangan PTPL
Jualan buku ...Sykt Harfa
Legaran Ruang Pameran
Pemeriksaan Kesihatan Percuma...untuk hari ini sahaja
Serbu....antara gerai jualan yang menjadi tumpuan

Hari Koperasi dan Kokurikulum 2010


SMK Bakai melangkah setapak lagi apabila telah berjaya melaksanakan Hari Koperasi dan Kokurikulum bagi tahun 2010 hari ini. Program yang menampilkan slogan ' Menjana Kecemerlangan Menyeluruh' sebagai tema pada tahun ini diisi dengan pelbagai acara seperti pameran dari agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan percuma dan pelbagai acara menarik.

Program ini merupakan program terancang unit kokurikulum sebagai kemuncak aktiviti kokurikulum bagi tahun ini. Program ini juga dilihat menjadi mekanisme terbaik bagi para pelajar mendapat input-input penting berkaitan struktur dan pentadbiran pelbagai agensi yang terlibat. Disamping itu juga, melalui program sebegini nilai-nilai positif dikalangan pelajar dapat dipupuk secara tidak lansung selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan yang berdaya maju, proaktif yang boleh menjadi aset bernilai negara pada masa depan.

Terdahulu, majlis perasmian diadakan diawal pagi dan disempurnakan oleh SM Mat Nor bin Shaari, Ketua Polis Balai Malau, Baling.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada organisasi, individu, barisan guru dan para pelajar yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi merealisasikan program tersebut.

Isnin, Ogos 02, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010







Alhamdulillah...Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Julai 2010. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengetua SMK Baling, Tuan Hj. Zulkifli bin Yusof. Dalam ucapannya , Tn. Hj. Zulkifli telah menggariskan beberapa prasyarat untuk mencapai kecemerlangan, diantaranya ialah motivasi dalaman yang tinggi disamping sokongan daripada ibu bapa. Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pelajar ini pada hari ini merupakan langkah-langkah untuk pelajar maju bergerak ke hadapan untuk mencipta kejayaan yang lebih besar.
Majlis tersebut memberikan penghargaan dan pengiktirafan di atas kejayaan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Ucapan sekalong penghargaan kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya menerima hadiah-hadiah. Diharapkan hadiah-hadiah ini akan menjadi peransang kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih kuat.Ingatlah kata-kata motivasi 'kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luarbiasa'. Tahniah kepada semua guru selaku AJK yang bertungkus lumus menjayakan majlis, AJKPIBG, jemputan dan ibu bapa yang hadir ...Terima kasih daun keladi.