Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai. Kuala Ketil, Kedah D.A.
Isnin, Oktober 08, 2012
Jumaat, September 14, 2012
Sabtu, September 08, 2012
Sinar Kasih Kembara Merdeka
Pelajar-pelajar SMK Bakai telah memilih untuk menjayakan program sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan cara berbeza dalam satu program kembara bermotosikal yang dinamakan program Sinar Kasih Kembara Merdeka. Pengisian program ini menjurus kearah menginsafi golongan yang kurang bernasib baik dan juga melibatkan pelajar melalui aktiviti yang sihat dan menyumbang kepada perkara yang berfaedah.
Peserta kembara dilepaskan oleh Puan Che Sema, PK Pentadbiran. Para peserta memulakan aktiviti ke Kampung Seratus, Malau bagi menziarahi pelajar malang, adik Sharul Nizam bin Imran yang menghadapi penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Peserta kemudiannya bergerak ke kampung Tok Wee bagi menziarahi seorang warga emas, Puan Rokiah yang hidup dalam kedaan yang agak daif bersama menantunya.Seterusnya , peserta konvoi singgah di rumah saudara Mohd Akmal bin Abdullah dan menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga beliau.
Para peserta kemudiannya bertolak ke Masjid Bakai bagi menjayakan program gotong royang bersama jawatankuasa masjid membersih kawasan persekitaran masjid.Program berakhir sekitar jam 1.00 petang .
Menurut seorang peserta yang ditemui, Saudara Ibrahim bin Zakaria. beliau menyatakan anat berbangga kerana terpilih sebagai peserta program ini kerana dapat melakukan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya dan menyatakan bahawa sepatutnya semua pelajar harus mempunyai semangat untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang boleh menyumbang kearah kebaikan.
Guru penyelaras program, En. Mohd Daud bin Kassim pula menjelaskan bahawa program ini adalah program rintis.' Mungkin pada masa hadapan program ini akan diperluaskan dan melibatkan penyertaan yang lebih besar di kalangan pelajar' katanya. 'Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, khusunya kepada JK Masjid Mukim Bakai yang bersama-sama memikul tanggungjawab sosial menjayakan program pada hari ini', tambahnya.
Pelepasan peserta oleh PK Pentadbiran |
Bergambar bersama ahli keluarga adik Shahrul Nizam bin Imran |
Aktiviti gotong royong membersih persekitan masjid |
Bergambar dihadapan Masjid Mukim Bakai. |
Khamis, September 06, 2012
Sambutan Ambang Merdeka 2012
Bersempena Sambutan Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas Ambang Merdeka 2012 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah pada 30 Ogos 2012 lalu. Perhimpunan yang bermula pada jam 7.40 pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah dan diikuti oleh ikrar rukunegara yang dipimpin oleh ketua pelajar sekolah.
Perhimpunan pada tahun ini menampilkan seikit kelainan berbanding tahun sebelumnya apabila pengisian program dijuruskan kearah memupuk semangat kemerdekaan selaras dengan tuntutan semasa dan selari dengan kehendak agama.
Memenuhi hasrat ini, majlis tahlil dan bacaan yassin diadakan dengan dipimpin oleh Tuan Haji Abu Bakar Che Ngah. Sebelum majlis, Tuan Haji Abu Bakar mengambil kesempatan mengigatkan para pelajar agar dapat mempertahankan kemerdekaan ini, kerana kemerdekaan yang dinikmati oleh kita semua ini amat mahal harganya. Ia adalah hasil perjuangan mereka terdahulu yang sanggup berkorban harta benda, dalam linangan airmata dan darah sebagai gantinya. Sehubungan itu, generasi masa kini seharusnya dapat meneruskan misi memenuhi kemerdekaan ini dengan melakukuan perkara-perkara yang baik agar nilai kemerdekaan ini dapat terus dipertahankan.
Aturcara diteruskan dengan sesi bicara khas Ambang Merdeka yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizar Ismail. Bicara ini berfokus kepada cara-cara mensyukuri dan menghayati kemerdekaan mengikut perspektif Islam.Menurut Ustaz Nizar, kemerdekaan bukan hanya merujuk kepada pembebasan sesebuah negara secara fizikal darim penjajahan negara lain , tetapi pembebasan juga harus meliputi pembebsab secara spiritual dan minda dari segala perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama yang tidak disukai oleh Allah s.n.w.Sehubungan itu, para pelajar digesa agar terus mempertingkatkan nilai dan amalan sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Beliau juga menegaskan bahawa dari perspektif agama, pembebasan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, iaitu pembebasan indivitu tidak boleh merosakkan pembebasan individu yang lain. Menurutnya apa yang lebih penting sebagai seorang berugama ialah memperolehi kebahagian semasa didunia dan dan diakhirat iaitu bebas daripada menerima siksaan daripada Allah s.n.w.
Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak patriotik 'Nilai Kemerdekaan ' yang disampaikan oleh adik Yusaini bin Abdullah dan En. Ibrahim bin Husin juga mengambil peluang untuk menyampaikan sajak bertajuk 'Mengenangmu Pejuang' karya Sahrulnizam Abdul Talib.
Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik "Jalur Gemilang' .
Kemerdekaan wajar dipertahan ... |
Fokus mendengar ucapan yang disampaiakan oloeh Tuan haji abu8 Bakar |
Bacaan yassin dan tahlil perdana.... |
Generasi Muda harus mensyukuri dan menghayati nikmat kemerdekaan ini dalam lingkungan batas-batas dan nilai yang telah ditetapkan oleh agama kita... |
Dengan penuh semangat dan penghayatan mendeklamasikan sajak patriotik... |
Khamis, Mei 24, 2012
Selamat Bersara
Selepas menabur bakti selama 34 tahun sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, hari ini merupakan detik terakhir buat Tuan Hj Ishak menjalankan tugas kerana bersara wajib. Mula berkhidmat di SMK Bakai pada tahun 2002, sepanjang 10 tahun perkhidmatan, beliau menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam usaha membantu pengurusan sekolah menjayakan program pendidikan khususnya dalam Unit Kaunseling. Seorang yang mudah mesra dan senang didekati, beliau tidak pernah jemu membantu menyelesaikan pelbagai masalah pelajar. Warga SMK Bakai menghulurkan salam penuh kemesraan dan mengucapkan Selamat Bersara dengan penuh Ceria...Jasa mu tuan tidak terhitung..
Isnin, April 23, 2012
Kita Juara
Anak-anak desa juara
Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
BIARPUN pernah tewas dalam saingan sama sebelum ini, namun berkat kesungguhan akhirnya membawa tuah kepada pasukan Baling/Sik apabila muncul juara Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSSK) di Dewan Futsal Tun Abdul Razak, Baling, Kedah, kelmarin.
Pasukan itu yang diwakili pelajar SMK Bakai berjaya menewaskan pasukan Kota Setar dengan jaringan 5-4 sekali gus membuktikan anak-anak kampung mampu menyaingi kehebatan pasukan elit dari bandar.
Pengerusi Teknik Bola Baling Daerah Baling, Mohamad Naim Ishak berkata, tahun lalu pasukannya tewas kepada pasukan Kota Setar 1-3 sekali gus menafikan peluang mereka untuk bergelar juara pada saingan akhir.
Menurutnya, kejayaan yang diperoleh anak buahnya diketuai kapten, Ibrahim Zakaria adalah hasil komitmen padu setiap pemain selain latihan yang berterusan sejak awal tahun.
“Saya puas hati dengan corak permainan pasukan ini yang nyata menggunakan kekuatan mereka dengan sepenuhnya. Malah, saya kagum dengan semangat ditunjukkan setiap pemain dan berharap mereka dapat mengekalkan rentak permainan sama pada pertandingan akan datang,” katanya.
Katanya, strategi yang digunakan iaitu serangan pantas selain kelincahan mengawal bola berjaya menembusi gawang gol pasukan lawan membolehkan pasukannya mewakili Kedah ke saingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dari 2 hingga 9 Jun ini di Kelantan.
“Saya puas hati dengan corak permainan pasukan ini yang nyata menggunakan kekuatan mereka dengan sepenuhnya. Malah, saya kagum dengan semangat ditunjukkan setiap pemain dan berharap mereka dapat mengekalkan rentak permainan sama pada pertandingan akan datang,” katanya.
Katanya, strategi yang digunakan iaitu serangan pantas selain kelincahan mengawal bola berjaya menembusi gawang gol pasukan lawan membolehkan pasukannya mewakili Kedah ke saingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dari 2 hingga 9 Jun ini di Kelantan.
“Saya harap pasukan Baling/Sik dapat meningkatkan kekuatan mereka untuk memperoleh kemenangan di peringkat kebangsaan pula,” katanya.
Pada pertandingan itu, sebanyak tujuh daerah menyertainya iaitu Baling/Sik, Kota Setar, Pendang, Kulim/Bandar Baharu, Kuala Muda/Yan, Padang Terap, Langkawi dan Kubang Pasu.
(disalin dari akhbar Harian Metro bertarikh 23 April 2012 )
Pada pertandingan itu, sebanyak tujuh daerah menyertainya iaitu Baling/Sik, Kota Setar, Pendang, Kulim/Bandar Baharu, Kuala Muda/Yan, Padang Terap, Langkawi dan Kubang Pasu.
(disalin dari akhbar Harian Metro bertarikh 23 April 2012 )
Khamis, Januari 05, 2012
Majlis Penutup Minggu Orientasi T4
secara berterusan...
Khusyuk mendengar amanat Tuan Pengetua
Khusyuk mendengar amanat Tuan Pengetua
Yeahh....bersemangat dan komited untuk berjaya
Walaubagaimanapun, kejayaan dalam bidang akademik haruslah selari dengan nilai-nilai moral dan sahsiah yang baik. Beberapa elemen penting yang ditegaskan oleh beliau dalam amanat beliau yang perlu dihayati diamalkan oleh pelajar ialah lebih menghargai masa, gigih dan tekun sepanjang masa dan mengamalkan budaya Seronok Belajar dan bersaing secara sihat.
Program orientasi Tingkatan 4 ditutup dengan rasminya oleh Tuan Pengetua jam 11.00 pagi ini bertempat di Dewan Terbuka SMK Bakai. Dalam ucapannya yang disampaikan dalam suasana yang santai, Tuan Pengetua mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Beliau juga mengingatkan pelajar akan dapat melakukan transformasi secara berterusan secara positif supaya kejayaan lebih cemerlang dapat dicipta pada masa hadapan, manakala bagi pelajar-pelajar yang kurang cemerlang pula hendaklah mencari jalan untuk mendapat keputusan yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, kejayaan dalam bidang akademik haruslah selari dengan nilai-nilai moral dan sahsiah yang baik. Beberapa elemen penting yang ditegaskan oleh beliau dalam amanat beliau yang perlu dihayati diamalkan oleh pelajar ialah lebih menghargai masa, gigih dan tekun sepanjang masa dan mengamalkan budaya Seronok Belajar dan bersaing secara sihat.
Khamis, Disember 08, 2011
PP.13.2011 (Perlaksanaan SBPA)
Dokumen pekeliling SBPA yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 telah dikeluarkan dan disediakan dalam format PDF. Dokumen setebal 29 halaman tersebut boleh dimuat turun di SINI.
Sabtu, November 26, 2011
Selasa, November 22, 2011
Pertandingan Mural Kebangsaan 2011
Kontinjen Sukan Sea Malaysia telah mencipta sejarah apabila Skuad Bola Sepak berjaya mengesahkan pingat emas dalam genggaman apabila Harimau Muda berjaya membenam Skuad garuda dihadapan penonton lawan dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan...Pun begitu, SMK Bakai juga telah melakar sejarah tersendiri pada tarikh keramat 21.11.2011 apabila berjaya mendapat tempat ke 8 dalam Pertandingan Mural Peringkat Kebangsaan 2011. Satu pencapaian baik bagi sebuah sekolah luar bandar.Tahniah diucapkan kepada semua guru, staf dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan projek ini khususnya kepada Cikgu Mat Daud dan kumpulannya.
Langgan:
Catatan (Atom)