Sabtu, September 08, 2012

Sinar Kasih Kembara Merdeka

      Pelajar-pelajar SMK Bakai telah memilih untuk menjayakan program sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan cara berbeza dalam satu program kembara bermotosikal yang dinamakan program Sinar Kasih Kembara Merdeka. Pengisian program ini menjurus kearah menginsafi golongan yang kurang bernasib baik dan juga melibatkan  pelajar melalui aktiviti yang sihat dan menyumbang kepada perkara yang berfaedah.
     Peserta kembara dilepaskan oleh Puan Che Sema, PK Pentadbiran. Para peserta  memulakan aktiviti ke Kampung Seratus, Malau bagi menziarahi pelajar malang, adik Sharul Nizam bin Imran yang menghadapi  penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Peserta kemudiannya bergerak ke kampung Tok Wee bagi menziarahi seorang warga emas, Puan Rokiah  yang hidup dalam kedaan yang agak daif bersama menantunya.Seterusnya , peserta konvoi singgah di rumah saudara Mohd Akmal bin Abdullah dan menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga beliau.
     Para peserta kemudiannya bertolak ke Masjid Bakai bagi menjayakan program gotong royang bersama jawatankuasa masjid membersih kawasan persekitaran masjid.Program berakhir sekitar jam 1.00 petang .
     Menurut seorang peserta yang ditemui, Saudara Ibrahim bin Zakaria. beliau menyatakan anat berbangga kerana terpilih sebagai peserta program ini kerana dapat melakukan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya dan menyatakan bahawa sepatutnya semua pelajar harus mempunyai semangat untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang boleh menyumbang kearah kebaikan.
      Guru penyelaras program, En. Mohd Daud bin Kassim pula menjelaskan bahawa program ini adalah program rintis.' Mungkin pada masa hadapan program ini akan diperluaskan dan melibatkan penyertaan yang lebih besar di kalangan pelajar' katanya. 'Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, khusunya kepada JK Masjid Mukim Bakai yang bersama-sama memikul tanggungjawab sosial menjayakan program pada hari ini', tambahnya.
 
Pelepasan peserta oleh PK Pentadbiran

Bergambar bersama ahli keluarga adik Shahrul Nizam bin Imran

Aktiviti gotong royong membersih persekitan masjid

Bergambar dihadapan Masjid Mukim Bakai.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan