Bersempena Sambutan Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas Ambang Merdeka 2012 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah pada 30 Ogos 2012 lalu. Perhimpunan yang bermula pada jam 7.40 pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah dan diikuti oleh ikrar rukunegara yang dipimpin oleh ketua pelajar sekolah.
Perhimpunan pada tahun ini menampilkan seikit kelainan berbanding tahun sebelumnya apabila pengisian program dijuruskan kearah memupuk semangat kemerdekaan selaras dengan tuntutan semasa dan selari dengan kehendak agama.
Memenuhi hasrat ini, majlis tahlil dan bacaan yassin diadakan dengan dipimpin oleh Tuan Haji Abu Bakar Che Ngah. Sebelum majlis, Tuan Haji Abu Bakar mengambil kesempatan mengigatkan para pelajar agar dapat mempertahankan kemerdekaan ini, kerana kemerdekaan yang dinikmati oleh kita semua ini amat mahal harganya. Ia adalah hasil perjuangan mereka terdahulu yang sanggup berkorban harta benda, dalam linangan airmata dan darah sebagai gantinya. Sehubungan itu, generasi masa kini seharusnya dapat meneruskan misi memenuhi kemerdekaan ini dengan melakukuan perkara-perkara yang baik agar nilai kemerdekaan ini dapat terus dipertahankan.
Aturcara diteruskan dengan sesi bicara khas Ambang Merdeka yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizar Ismail. Bicara ini berfokus kepada cara-cara mensyukuri dan menghayati kemerdekaan mengikut perspektif Islam.Menurut Ustaz Nizar, kemerdekaan bukan hanya merujuk kepada pembebasan sesebuah negara secara fizikal darim penjajahan negara lain , tetapi pembebasan juga harus meliputi pembebsab secara spiritual dan minda dari segala perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama yang tidak disukai oleh Allah s.n.w.Sehubungan itu, para pelajar digesa agar terus mempertingkatkan nilai dan amalan sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Beliau juga menegaskan bahawa dari perspektif agama, pembebasan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, iaitu pembebasan indivitu tidak boleh merosakkan pembebasan individu yang lain. Menurutnya apa yang lebih penting sebagai seorang berugama ialah memperolehi kebahagian semasa didunia dan dan diakhirat iaitu bebas daripada menerima siksaan daripada Allah s.n.w.
Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak patriotik 'Nilai Kemerdekaan ' yang disampaikan oleh adik Yusaini bin Abdullah dan En. Ibrahim bin Husin juga mengambil peluang untuk menyampaikan sajak bertajuk 'Mengenangmu Pejuang' karya Sahrulnizam Abdul Talib.
Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik "Jalur Gemilang' .
Kemerdekaan wajar dipertahan ... |
Fokus mendengar ucapan yang disampaiakan oloeh Tuan haji abu8 Bakar |
Bacaan yassin dan tahlil perdana.... |
Generasi Muda harus mensyukuri dan menghayati nikmat kemerdekaan ini dalam lingkungan batas-batas dan nilai yang telah ditetapkan oleh agama kita... |
Dengan penuh semangat dan penghayatan mendeklamasikan sajak patriotik... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan