Khamis, Mei 24, 2012

Selamat Bersara

Selepas menabur bakti selama 34 tahun sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, hari ini merupakan detik terakhir buat Tuan Hj Ishak menjalankan tugas kerana bersara wajib. Mula berkhidmat di SMK Bakai pada tahun 2002, sepanjang 10 tahun perkhidmatan, beliau menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam usaha membantu pengurusan sekolah menjayakan program pendidikan khususnya dalam Unit Kaunseling. Seorang yang mudah mesra dan senang didekati, beliau tidak pernah jemu membantu menyelesaikan pelbagai masalah pelajar. Warga SMK Bakai menghulurkan salam penuh kemesraan dan mengucapkan Selamat Bersara dengan penuh Ceria...Jasa mu tuan tidak terhitung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan