Alunan selawat oleh guru dan pelajar mengakhiri majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1431 H.
Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif menganjurkan satu program ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tengahari tadi. Penceramah undangan ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Yahaya dari SMK Baling. Dalam ceramahnya yang mengambil masa hampir satu setengah jam, beliau telah mengemukakan beberapa mesej penting yang perlu difahami dan diambil iktibar oleh segenap lapisan umat Islam, diantaranya:
- Rasulullah s.a.w. seharusnya menjadi model ikutan umat, kecelaruan timbul bila orang lain di pilih menjadi idola.
- semua umat Islam wajib mengetahui sifat-sifat peribadi nabi, iaitu siddiq,amanah, tabligh dan fathonah dan seharusnya mampu mengaplikasikan sifat-sifat ini dalam kehidupan seharian.
- kita seharusnya dapat menghayati dan mengamalkan segala yang disampaikan oleh nabi
- Amalan selawat perlu dijadikan amalan harian sebagai tanda cinta dan kasih ke atas nabi.
Majlis diakhiri dengan acara zikir secara beramai-ramai oleh guru-guru dan pelajar. Sekalung ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa kerja yang bersaha keras untuk menjayakan majlis ini dan ucapan terimakasih kepada semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan