Jumaat, September 14, 2012

Sabtu, September 08, 2012

Sinar Kasih Kembara Merdeka

      Pelajar-pelajar SMK Bakai telah memilih untuk menjayakan program sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan cara berbeza dalam satu program kembara bermotosikal yang dinamakan program Sinar Kasih Kembara Merdeka. Pengisian program ini menjurus kearah menginsafi golongan yang kurang bernasib baik dan juga melibatkan  pelajar melalui aktiviti yang sihat dan menyumbang kepada perkara yang berfaedah.
     Peserta kembara dilepaskan oleh Puan Che Sema, PK Pentadbiran. Para peserta  memulakan aktiviti ke Kampung Seratus, Malau bagi menziarahi pelajar malang, adik Sharul Nizam bin Imran yang menghadapi  penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Peserta kemudiannya bergerak ke kampung Tok Wee bagi menziarahi seorang warga emas, Puan Rokiah  yang hidup dalam kedaan yang agak daif bersama menantunya.Seterusnya , peserta konvoi singgah di rumah saudara Mohd Akmal bin Abdullah dan menyerahkan sedikit sumbangan kepada keluarga beliau.
     Para peserta kemudiannya bertolak ke Masjid Bakai bagi menjayakan program gotong royang bersama jawatankuasa masjid membersih kawasan persekitaran masjid.Program berakhir sekitar jam 1.00 petang .
     Menurut seorang peserta yang ditemui, Saudara Ibrahim bin Zakaria. beliau menyatakan anat berbangga kerana terpilih sebagai peserta program ini kerana dapat melakukan sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya dan menyatakan bahawa sepatutnya semua pelajar harus mempunyai semangat untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang boleh menyumbang kearah kebaikan.
      Guru penyelaras program, En. Mohd Daud bin Kassim pula menjelaskan bahawa program ini adalah program rintis.' Mungkin pada masa hadapan program ini akan diperluaskan dan melibatkan penyertaan yang lebih besar di kalangan pelajar' katanya. 'Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini, khusunya kepada JK Masjid Mukim Bakai yang bersama-sama memikul tanggungjawab sosial menjayakan program pada hari ini', tambahnya.
 
Pelepasan peserta oleh PK Pentadbiran

Bergambar bersama ahli keluarga adik Shahrul Nizam bin Imran

Aktiviti gotong royong membersih persekitan masjid

Bergambar dihadapan Masjid Mukim Bakai.
 

Khamis, September 06, 2012

Sambutan Ambang Merdeka 2012

    Bersempena Sambutan Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas Ambang Merdeka 2012 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah pada 30 Ogos 2012 lalu. Perhimpunan yang bermula pada jam 7.40 pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah dan diikuti oleh ikrar rukunegara yang dipimpin oleh ketua pelajar sekolah.
Perhimpunan pada tahun ini menampilkan seikit kelainan berbanding tahun sebelumnya apabila pengisian program dijuruskan kearah memupuk semangat kemerdekaan selaras dengan tuntutan semasa dan selari dengan kehendak agama.
 
       Memenuhi hasrat ini, majlis tahlil dan bacaan yassin diadakan dengan dipimpin oleh Tuan Haji Abu Bakar Che Ngah. Sebelum majlis, Tuan Haji Abu Bakar mengambil kesempatan mengigatkan para pelajar agar dapat mempertahankan kemerdekaan ini, kerana kemerdekaan yang dinikmati oleh kita semua ini amat mahal harganya. Ia adalah hasil perjuangan mereka terdahulu yang sanggup berkorban harta benda, dalam linangan airmata dan darah sebagai gantinya. Sehubungan itu, generasi masa kini  seharusnya dapat meneruskan misi memenuhi  kemerdekaan ini dengan melakukuan perkara-perkara yang baik agar nilai kemerdekaan ini dapat terus dipertahankan.
 
       Aturcara diteruskan dengan sesi bicara khas Ambang Merdeka yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizar Ismail. Bicara ini berfokus kepada cara-cara mensyukuri dan menghayati kemerdekaan mengikut perspektif Islam.Menurut Ustaz Nizar,  kemerdekaan bukan hanya merujuk kepada pembebasan sesebuah negara secara fizikal darim penjajahan negara lain , tetapi pembebasan juga harus meliputi pembebsab secara spiritual dan minda dari segala perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama yang tidak disukai oleh Allah s.n.w.Sehubungan itu, para pelajar digesa agar terus mempertingkatkan nilai dan amalan sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda  Rasulullah s.a.w.Beliau juga menegaskan bahawa dari perspektif agama, pembebasan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, iaitu pembebasan indivitu tidak boleh merosakkan pembebasan individu yang lain. Menurutnya apa yang lebih penting sebagai seorang berugama ialah memperolehi kebahagian semasa didunia dan dan diakhirat iaitu bebas daripada menerima siksaan daripada Allah s.n.w.
    
       Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak patriotik 'Nilai Kemerdekaan ' yang disampaikan oleh adik Yusaini bin Abdullah dan En. Ibrahim bin Husin juga mengambil peluang untuk menyampaikan  sajak bertajuk 'Mengenangmu Pejuang'  karya Sahrulnizam Abdul Talib.
 
Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik "Jalur Gemilang' .

Kemerdekaan wajar dipertahan ...


Fokus mendengar ucapan yang disampaiakan oloeh Tuan haji abu8 Bakar
 
 

Bacaan yassin dan tahlil perdana....
 
Generasi Muda harus mensyukuri dan menghayati nikmat kemerdekaan ini dalam lingkungan
batas-batas dan nilai yang telah ditetapkan oleh agama kita... 

Dengan penuh semangat dan penghayatan mendeklamasikan sajak patriotik...