Ahad, Mei 23, 2010

Kejohanan Badminton Badan Kebajikan Staf 2010

Baling - Badan Kebajikan Staf Sekolah telah menganjurkan kejohanan badminton sempena perayaan hari guru 2010 berlansung di Kompleks Rakan Muda Baling, semalam. Kejohanan ini mendapat sambutan yang cukup baik dikalangan guru dan staf dimana bagi kategori lelaki sebanyak 8 regu mengambil bahagian yang dibahagikan kepada dua kumpulan, manakala bagi kategori wanita, sebanyak 4 regu mengambil bahagian. Dengan semangat penganjuran piala Thomas yang baru berakhir, penganjur turut berjaya menarik penyertaan otai-otai badminton untuk mengambil bahagian termasuk tuan pengetua sendiri yang turut turun padang.
Bagi kategori lelaki, gandingan serasi regu veteran Cikgu Othman -Hj. Ishak , berbekalkan pengalaman dan skil yang tinggi mempamirkan persembahan mantap untuk muncul juara selepas menewaskan regu yang baru digandingkan iaitu Encik Nasir dan Pak Uda. Bagi kategori wanita pula, regu Cikgu Azhawani ditabalkan sebagai juara edisi sulong kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Badan Kebajikan Staf diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini . Apa yang penting, bukan kemenangan yang menjadi matlamat, tetapi program-program sebegini mampu menjadi platform untuk meningkatkan semangat berpasukan dan esprit de corp dikalangan guru dan staf SMK Bakai.
Gambar-gambar sepanjang pertandingan akan dimuatnaik kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan