Rabu, Mei 12, 2010

Bahas Ala Parlimen 2010


Panitia Bahasa Melayu hari ini telah menganjurkan Pertandingan Bahas Ala Parlimen bersempena Minggu Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2010. Sebanyak lapan pasukan telah mendaftar dan mengambil bahagian dalam pusingan awal yang berlangsung pagi ini. Bagi pusingan awal, tajuk "Kegiatan Ko Kurikulum Wajar diiktiraf sebagai syarat kemasukan ke IPT' telah dipilih. Pemenang pertandingan pada hari ini akan meneruskan perjuangan ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada hari Khamis bertempat di Dewan Terbuka Sekolah sebelum majlis penutupan rasmi. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian , diatas iltizam dan semangat yang tinggi yang ditunjukkan. Diharap program sebegini mampu menjadi landasan penting untuk mencungkil bakat dan mengembangkan potensi pelajar selaras dengan matlamat pendidikan negara.

1 ulasan:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah Cikgu untuk menghadiri Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang: http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam