Sabtu, April 24, 2010

Program AutoCAD 2010

Program Sekolah Angkat Kolej Komuniti.


Seramai 19 pelajar mata pelajaran Rekacipta hari ini telah menghadiri kursus jangka pendek Lukisan Berbantukan Komputer bertempat di Makmal Komputer , Kolej Komuniti, Sungai Petani. Program anjuran bersama pihak sekolah dan Kolej Komuniti Sungai Petani ini dilaksanakan dibawah Program Sekolah Angkat CAD Kolej Komuniti Tahun 2010 dimana pelajar-pelajar RC diberi pendedahan secara terus daripada pensyarah-pensyarah kolej komuniti untuk menghasilkan lukisan-lukisan projek berbantukan komputer. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program ini selama 5 minggu dan perlaksanaan program kan dijalankan pada hujung minggu. Modul perlaksanaan pogram disusun secara berperingkat daripada kemahiran asas sehingga penghasilan lukisan objek 3D dengan strategi pembelajaran secara minds on dan hands on. Adalah diharapkan program ini akan memberi impak positif kepada pelajar dan membantu pelajar dalam kerja-kerja perlaksanaan kerja kursus bagi mata pelajaran RC.
Bagi sesi hari ini pelajar diberi pendedahan asas penggunaan perisian AutoCAD bagi membiasakan pelajar menggunakan ikon-ikon dan sub icon perisian ini menghasilkan lukisan berbantukan komputer.
Ucapan penghargaan dan terimaksih dihulurkan kepada Pengurusan dan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti Sungai Petani di atas bantuan yang diberikan kepada pihak sekolah dan di harap bentuk kolaborasi ini akan diteruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan