Rabu, April 21, 2010

Aksi Cemerlang

Perlawanan memanaskan badan

Perlawanan persahabatan bola baling lelaki.......SMK Bakai dan SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil
Pasukan bola baling lelaki hari ini mempamerkan aksi yang cukup meyakinkan apabila berjaya menewaskan lawan dengan jaringan yang besar dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil yang berlangsung petang tadi. Perlawanan ini merupakan persiapan pasukan bola baling sekolah untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Daerah yang akan berlangsung Sabtu ini bertempat di SMK Bakai. Sebaik sahaja wisel permulaan ditiup, skuad bimbingan Cikgu Naim terus mempamerkan aksi agresif dan memberangsangkan dengan mencipta jaringan demi jaringan . Walaupun bermain dalam keadaan basah dan padang yang licin disebabkan hujan lewat petang, serangan demi serangan yang dilancarkan gagal dikekang oleh pasukan lawan. Sehingga wisel akhir dibunyikan, pasukan SMK Bakai berjaya mencipta kemenangan bergaya dengan menghasilkan sebanyak 13 jaringan tanpa bolos. Pasukan lawan berusaha keras untuk mencari gol saguhati namun pertahan SMK Bakai cukup kental untuk ditembusi sehingga akhir perlawanan.Tahniah diucapkan.....diharap momentum ini dapat dikekalkan untuk pertandingan sebenar pada Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan