Sabtu, Januari 01, 2011

Rabu, Disember 22, 2010

Khamis, Disember 16, 2010

Keputusan PMR 2010

Keputusan PMR 23 Dis Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan - BERNAMA

Sumber: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/16/mstar_berita/20101215203944&sec=mstar_berita

Ahad, November 28, 2010

Info Program Penghayatan Islam


Lagi gambar-gambar sepanjang program, sila klik [disini]

Isnin, November 15, 2010

Peringatan untuk calon SPM



a. Pastikan jadual peperiksaan disemak sentiasa.
b. Pastikan Slip Peperiksaan dan Kad Pengenalan dibawa pada hari-hari peperiksaan.
c. Datang awal ke dewan peperiksaan (supaya anda menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang dan tidak kelam kabut)
d. Memasuki dewan peperiksaan dengan penuh yakin
e. Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti (baca arahan soalan terlebih dahulu dan pilih soalan-soalan yang perlu dijawab)
f. Menjawab semua soalan yang terdapat pada kertas soalan (berdasarkan arahan). Jangan biarkan ada soalan yang tidak dijawab(Ingat! menjawab semua soalan separa lengkap adalah terlebih baik daripada menjawab sebahagian soalan dengan lengkap dan meninggalkan soalan-soalan lain yang wajib dijawab)
g. Tinggalkan sementara soalan yang susah dengan menanda soalan tersebut dan kembali menjawab selepas menjawab soalan-soalan yang mudah
h. Sekiranya anda hilang fokus (blank), jangan panik...berhenti sekejap, tarik nafas dan hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan, insya Allah anda akan kembali fokus dan dapat menjawab dengan tenang.
i Semak jawapan sehingga pasti yakin atau sehingga habis masa yang diperuntukkan
j. Jangan keluar awal dari dewan peperiksaan, gunakan masa yang ada untuk semakan.
k. Amaran!!! elakkan diri dari melakukan perkara berikut di dalam dewan peperiksaan.


Salam Aidil Adha


Ucapan salam Aidil Adha dihulurkan kepada semua pendidik, pelajar dan pengunjung blog yang dihormati. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan tenaga yang dicurahkan diberi balasan baik oleh Allah s.w.t....drpd SMK Bakai.blogspot.com.

Ahad, Oktober 24, 2010

Kem Penghayatan Islam 2010

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama RE Consultant telah menjayakan satu kem penghayatan Islam pada 21 dan 22 Oktober yang lalu yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Seramai 100 pelajar telah terpilih mengikuti progam selama 2 hari 1 malam ini yang telah diadakan di sekolah .Matlamat utama program ini dijalankan adalah bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan pelajar khususnya dalam aspek aspek amal ibadah sebagaimana yang dituntut dalam Islam.
Ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dan mudah-mudahan program ini memberi impak besar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman serta para peserta dapat mempelajari pengalaman baru melalui program ini. Harapan pihak sekolah ialah program-program sebegini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga mantap dan cemerlang rohani dan mampu menjadi insan berguna pada masa akan datang.



Slot yang paling menggembirakan peserta.....Makan time

Ahad, Oktober 17, 2010

Perlaksanaan e Penyata Gaji

Mulai Oktober 2010, guru-guru tidak lagi menerima penyata gaji seperti biasa sebaliknya guru-guru perlu akses secara online melalui sistem e Penyata Jabatan Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010. Penyata ini boleh diakses dan dicetak melalui laman web rasmi Akauntan Negara Malaysia di:

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php


Rupa slip Penyata Gaji yang biasa diterima

Rupa penyata gaji yang dicetak daripada sistem e Penyata

Sabtu, Oktober 16, 2010

Karnival Permainan 2010

Unit Kokurikulum sekolah telah mengadakan Karnival Permainan pada 13 dan 14 Oktober yang lalu. Karnival ini merupakan acara kemuncak sebagai aktiviti penutup kokurikulum bagi tahun 2010 disamping mencungkil bakat-bakat baru. Karnival yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 ini dibahagikan kepada 2 jenis permainan iaitu Futsal bagi pelajar lelaki dan bola baling bagi pelajar perempuan.
Bagi permainan futsal sebanyak 14 pasukan telah mendaftar yang melibatkan 26 perlawanan yang dijalankan secara liga mengikut tingkatan, manakala bagi permainan bola baling hanya 8 pasukan bertanding yang melibatkan 9 perlawanan. Hadiah-hadiah bagi pemenang dijangka akan disampaikan dalam perhimpunan rasmi Isnin ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan para penyokong yang memeriahkan aktiviti ini. Majulah sukan demi kecemerlangan sekolah yang kita cintai.











Isnin, Oktober 04, 2010

PMR oh PMR



Selamat berjuang diucapkan kepada semua calon PMR 2010. Semoga kalian semua dapat fokus dan menjawab peperiksaan ini dengan penuh ketenangan....dan apabila keputusan diumumkan anda melompat kegirangan kerana segala penah lelah, letih jerih mendapat hasil yang cukup berbaloi...Alangkah indahnya sekiranya sekiranya slip keputusan nanti seperti di bawah...Oh! manisnya kejayaan...