Rabu, September 29, 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Amanat Pengetua

Satu majlis Bacaan Yassin sempena Peperiksaan PMR dan SPM telah diadakan di surau sekolah pada hari ini dengan kehadiran hampir 100 orang waris pelajar. Majlis bacaan dipimpin oleh Ustaz Hamad bin Ibrahim. Terdahulu, Tuan Pengetua mengambil peluang menyampaikan sedikit pesanan kepada para waris tentang komimen dan keprihatinan daripada ibu bapa dan para waris bagi memastikan anak-anak pelajar dapat meduduki peperiksaan dengan selesa dan berharap dengan sokongan ibu bapa dan waris serta usaha kuat pelajar sendiri akan membuahkan hasil kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki.
Majlis diteruskan dengan Amanat Tuan Pengetua kepada calon-calon PMR. Dalam majlis ringkas ini, Tuan Pengetua mengingatkan pelajar tentang kepentingan pelajaran dan peperiksaan ini dengan masa depan pelajar. Diantara perkara yang perlu diberi penekanan oleh pelajar ialah:
a. Pelajar harus tanamkan dalam diri bahawa kejayaan dan masa depan pelajar ditentukan oleh diri sendiri. Walau apa pun keputusan yang di perolehi, ianya adalah impak daripada tindakan pelajar masa kini. Tabiat menuding jari kepada pihak lain hanyalah satu perbuatan yang hanya akan merugikan pelajar.
b. Pelajar harus fokus kepada kejayaan. Pelajar perlu ada matlamat yang jelas dan mempunyai alasan yang kukuh untuk berjaya. Pergunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Perkara-perkara yang tidak penting dan boleh mengganggu fokus pelajar terhadap peperiksaan ini haruslah diketepikan. Jejak langkah mereka yang telah berjaya melakar kecemerlangan boleh dijadikan pedoman untuk mencipta kejayaan. Mereka yang berjaya pada hari ini bukan lah mereka yang telah dilahirkan sebagai manusia cemerlang, tetapi mereka yang telah berusaha kuat untuk mencapai kecemerlangan diri. Teruskan berusaha, jangan berputus asa. Peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak jemu berusaha dan tifdak mudah berputus asa.
c. Peraturan-peraturan peperiksaan yang diedarkan hendaklah difahami dan di teliti sepanjang masa.
Di akhir majlis, Tuan Pengetua sekali lagi berharap agar pelajar-pelajar dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan nanti dan mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan diumumkan nanti.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan